SPPP : Mengangkat Imej Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah Setanding Agensi Penguatkuasaan Lain di Malaysia

     Misi JAKIM bagi memperkasa agensi penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

     Oleh yang demikian, salah satu usaha JAKIM yang dijalankan adalah melaksanakan Sistem Penarafan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (SPPP) di JAIN. Usaha tersebut yang telah dilaksanakan pada awal 2015 setelah berjaya melaksanakan projek rintis pada tahun 2014 di 3 buah negeri. Pada tahun 2015, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang (BPUU) bersama panel penilai yang dilantik telah melaksanakan SPPP di 6 buah negeri. Pada tahun 2016 ini, JAKIM berhasrat meneruskan SPPP ke 8 buah negeri yang masih belum dikunjungi.

       Setakat suku pertama tahun 2016, BPUU JAKIM bersama panel penilai telah mengunjungi 4 buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan pada 15 Februari 2016, Melaka pada 17 Februari 2016, Pahang pada 23 Februari 2016 dan Kelantan pada 9 Mac 2016. Ini bermakna JAKIM dan barisan panel penilai akan mengunjungi 4 buah negeri lagi bagi menyelesaikan Siri Pertama SPPP yang julung-julung kali dilaksanakan di Agensi Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah seluruh Malaysia.

     Hasil dapatan daripada SPPP tersebut akan menjadi penanda aras dan kayu ukur dalam membantu JAKIM untuk melaksanakan tugas-tugas penyelarasan dengan mengambilkira kekuatan dan kelemahan yang ada untuk penambahbaikan bagi mengangkat imej Agensi Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah setanding Agensi Penguatkuasaan lain di Malaysia.

 

Panel Penilai bersama Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI

 

Penarafan di Bahagian Pendakwaan JAWI

 

Sesi rumusan penarafan di JAWI

 

Panel Penilai bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

 

Penarafan di Bahagian Penguatkuasaan JAIM

 

Penarafan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

 

Sesi rumusan penarafan di JAIP

 

Panel Penilai bersama YB. Dato'  Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)

 

Panel sedang menemubual Pegawai Penguatkuasa Agama JAHEAIK

 

Jurufoto : Encik Zuhairi bin Johari, BPUU JAKIM

Tarikh: 
Apr 06, 2016