Pengumuman


  • Ekoran pengumuman oleh Perdana Menteri, Y. A.B Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan malang tersebut telah berakhir di Lautan Hindi, justeru itu, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom menyeru umat Islam di negara ini, agar sama-sama mengadakan bacaan Surah Yassin dan Al Quran serta menganjurkan Majlis Tahlil di masjid-masjid dan surau seluruh negara.

    Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil di peringkat Negara, akan diadakan pada malam ini (Khamis, 27 Mac 2014) di Masjid Negara selepas solat Maghrib.

  • Masjid Negara akan menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan Siri 1/2013. Kepada mereka yang berminat dan prihatin untuk membuat kebajikan dengan menderma darah, boleh datang ke :
     
    Tempat: Anjung Makan Pahlawan, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
    Hari/Tarikh:  Jumaat / 26 April 2013 
    Jam: 10.00 pagi - 4.00 petang.
     
    Aktiviti: Pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan gigi secara percuma serta pameran mengenai kesihatan akan diadakan.
  • Tempoh Pengisian LNPT :
    22 Oktober 2012 - 31 Disember 2012
  • Jakim Cawangan Sabah melalui Unit KAFA akan mengadakan Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Sabah Tahun 2012 pada 21 Oktober 2012M bersamaan 5 Zulhijjah 1433H bertempat di Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu. Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Nasir bin Tun Haji Sakaran, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah.