Senarai Berita

image Halal Walkabout & Treasure Hunt 2016
image Karnival ~i~ FELDA 2016
Karnival ~i~ ini adalah berkonsepkan 3 dalam 1 yang mana ianya bukan sekadar karnival yang mempunyai gerai-gerai jualan dan persembahan artis-artis, tetapi ianya diselitkan dengan pelbagai acara antaranya seperti program anak angkat, slot forum perdana ehwal Islam, slot bicara khas buat keluarga, slot bicara khas buat belia, slot tahsin Al-Quran, tahsin Ibadah, qiamulail perdana, khutbah Jumaat, pertandingan memasak dan gubahan, pertandingan mewarna seni kaligrafi Islam, pertandingan futsal antara belia, majlis khatam al-quran, slot motivasi kejayaan oleh All Bikers Club Malaysia (ABCM), Anugerah Keluarga Sakinah FELDA 2016, slot motivasi oleh pegawai Penjara dan lain-lain lagi.
image Konvensyen Kepimpinan Islam Sarawak Bincang Isu Keselamatan
Pada 14 April 2016, Khamis, bersamaan dengan 6 Rejab 1437H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah Jakim bersama dengan Jakim Cawangan Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak, Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah menganjurkan Konvesnyen Kepimpinan Islam Sarawak yang telah dihadiri oleh 800 orang peserta yang terdiri daripada para Guru-Guru Agama, Guru Takmir, Guru KAFA, Imam-Imam dan Pemimpin Masyarakat Islam Sarawak.
image Perjumpaan Antara YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dengan YB Menteri Pengangkutan Malaysia
image Sesi Penyerahan Surat Perakuan Memenuhi Keperluan Kualiti daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Program Diploma Dakwah Islamiyyah, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).
Pada 14 April 2016 (Khamis), bertempat di Dewan Majlis Islam Sarawak, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Jakim Cawangan Sarawak telah menerima Surat Perakuan Memenuhi Keperluan Kualiti daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Program Diploma Dakwah Islamiyyah yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha kepada Pengarah Jakim Cawangan Sarawak, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh yang disaksikan oleh YB. Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Perlancongan Sarawak.
image Kami Prihatin@Mersing
image Saudara Muslim : Koordinasi Dan Transformasi
Kesepakatan, kesepaduan, penyelarasan dan sinergi perlu ada di antara JAKIM dan JAIN/MAIN bagi mencapai persetujuan bersama dalam menjaga kebajikan muallaf Malaysia antara ucapan YBhg. Dato’ Haji Ali b. Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah, Jakim. Beliau yang mempengerusikan Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar-Pendaftar Muallaf Malaysia Siri I/2016 pada 5 April 2016 (Selasa) di Dewan Syura Abu Bakar As-Siddiq, Institut Latihan Islam berhasrat agar seluruh agensi terlibat dalam pembanguanan Suadara Muslim dapat bekerjasama sebagai satu pasukan.
image Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam Kali Ke-88
image SEMINAR YAKINI HALAL MALAYSIA 2016
image Program Peduli Masyarakat Bersamamu Nelayan 2016
Dalam usaha membantu meringankan beban mereka, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) dan Yayasan TAQWA telah mengambil inisiatif mengadakan satu program Peduli Masyarakat (Bersama mu Nelayan) di Kampung Pantai Pulau Kundur, Bachok, Kelantan Darul Naim pada 2 April 2016. Program iniadalah bertujuan bagi membantu mengurangkan beban kehidupan mereka antaranya kesan dilanda ombak yang menyebabkan kerosakan di beberapa buah rumah. Malah mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke penempatan baru yang telah diurus dan disediakan oleh pihak yang berwajib.
image Program Lawatan Orang Asli Daerah Hulu Selangor
Program Lawatan Orang Asli Daerah Hulu Selangor ke Jakim, Putrajaya telah diadakan dengan jayanya pada 1 April 2016 di Aras 7, Bahagian Dakwah Jakim. Program tersebut telah dilaksanakan secara bersama dengan Unit Muallaf Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.
image Wacana Intelelektual Akidah: Ancaman Ideologi Semasa Di Malaysia Serta Kesannya Kepada Perundangan Negara
Melaka, 05 April 2016 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), melalui Institut Pemantapan Dan Perkaderan Akidah Malaysia(IPHAM), Jelebu, Negeri Sembilan telah berjaya mengadakan Program Wacana Intelelektual Akidah: Ancaman Ideologi Semasa Di Malaysia Serta Kesannya Kepada Perundangan Negara dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) bertempat di Auditorium Al-Azim, Melaka.
image SPPP : Mengangkat Imej Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah Setanding Agensi Penguatkuasaan Lain di Malaysia
image Taklimat Indeks Syariah Malaysia Kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat
Jakim melalui Unit Indeks Syariah Malaysia dengan kerjasama Pejabat YB Menteri di Jabatan PErdana Menteri dan BNBBC telah mengadakan sesi taklimat Indeks Syariah Malaysia kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada 5 April 2016 bertempat di Bilik Taklimat, Blok A, Bangunan sementara, Parlimen. Sesi taklimat ini adalah lanjutan siri penerangan Indeks Syariah Malaysia yang telah berlangsung sejak awal tahun 2015 di peringkat negeri, kementerian, sesi town hall, parti politik dan kumpula pembuat-pembuat dasar termasuk ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
image Modul Dakwah Korporat Jakim mula dibangunkan
Selangor, 1 Mac 2016 [Selasa] - Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jakim telah menjayakan Bengkel Penyediaan Modul Dakwah Korporat Jakim Siri 1/ 2016 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. Bengkel ini merupakan komitmen utama yang perlu dilaksanakan di bawah SDK Jakim berdasarkan Sasaran Kerja Strategik Jabatan di bawah Teras 4, Strategi 2, Program/ Tindakan 3 (i).