Senarai Hadith

Bil Hadith Tarikh
161 Hikmah Menyegerakan Berbuka Puasa
 
Daripada Sahl bin Sa’d RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”.
 
 
Jul 14, 2014
162 Kelebihan Bersedekah di bulan puasa
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.
Jul 13, 2014
163 Dijauhkan Dari Neraka 70 000 Musim
Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.
Jul 12, 2014
164 Mencari Malam Lailatul Qadar
 
Daripada Aishah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadat dalam bulan Ramadhan, maka dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Baginda juga akan menambahkan amal ibadatnya lebih daripada biasa apabila sampai sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan, sedangkan di hari-hari yang sebelumnya Baginda tidak berbuat demikian.
 
Jul 11, 2014
165 Kewajipan Membayar Zakat di Bulan Ramadhan
 
Daripada Abu Ayyub RA bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW : Beritahulah kepadaku akan sesuatu amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga lalu Baginda pun bersabda : Hendaklah engkau menyembah Allah dan jangan sekali-kali engkau menyekutukan dengan sesuatu yang lain, tunaikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan eratkanlah hubungan persaudaraan di antara kamu semua (sesama Islam).
 
Jul 10, 2014
166 Sedekah di Bulan Ramadhan
 
Daripada Ibn Abbas RA katanya, bahawa Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika Baginda didatangi oleh Jibril AS, Jibril datang berjumpa Baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin bertiup kencang.
 
 
Jul 09, 2014
167 Digalakkan Bersahur
 
Daripada Amru bin al-As RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu ialah dengan makan sahur”.
 
 
Jul 08, 2014
168 Kelebihan Mengerjakan Ibadat ketika Bulan Ramadhan
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang mengerjakan sembahyang sunat tarawikh dan ibadat-ibadat yang lain pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan untuk mendapat keredhaan Allah, maka akan diampunkan dosa-dosanya (dosa kecil) yang telah lepas.
 
 
Jul 07, 2014
169 Puasa Tanpa Berbuka
Dari Ibnu Umar r.a katanya:Nabi saw. melarang puasa sambung (terus-menerus tanpa berbuka). Para sahabat bertanya: Bukankah baginda sendiri melakukan puasa wisol? Nabi saw. menjawab: Sesungguhnya aku tidak seperti kalian. Aku diberi makan dan minum.
Jul 06, 2014
170 Banyak Cara Untuk Bersedekah
Dari Abu Dzar r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka. Jawab Rasulullah SAW:Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah. Mereka bertanya:Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami? Jawab Rasulullah SAW Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.
Jul 05, 2014
171 Puasa Menghindari Api Neraka
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.
Jul 04, 2014
172 Malaikat Pencatat Selawat
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."
Jul 03, 2014
173 Puasa Kanak-kanak Yang Mumayyiz
Daripada ‘Amru ibn Syu’aib RA daripada bapanya daripada datuknya bahawa (datuknya) berkata, “Rasulullah SAW telah bersabda, “Suruhlah anak-anak kamu bersolat apabila umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka apabila mereka telah mencapai umur sepuluh tahun (sekiranya mereka degil tidak mengerjakan solat). 
Jul 02, 2014
174 Berpuasa kerana Allah
 
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa dengan niat kerana Allah sahaja, nescaya akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.
 
 
Jul 02, 2014
175 Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan
 
Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.
 
 
Jun 30, 2014
176 Adab minum air
 
Daripada Anas RA, “Bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum”. (Sekali meneguk sekali bernafas di luar bekas minuman).
 
 
Jun 10, 2014
177 Jauhi dari perkara-perkara syubhah
 
Daripada Anas RA bahawasanya Nabi SAW telah terjumpa sebiji buah tamar di tengah jalan lalu Baginda bersabda, “Kalaulah aku tidak takut tamar ini termasuk harta-harta sedekah, nescaya aku memakannya”.
 
 
Jun 09, 2014
178 Setiap perbuatan adalah ibadat
 
Daripada Anas RA katanya : Nabi SAW telah menggariskan beberapa garisan lalu ia bersabda, “Ini manusia dan ini ajalnya. Ketika seorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang terpendek (mati)”.
 
 
Jun 06, 2014
179 Sentiasa memuji Allah
 
Daripada Anas RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah redha terhadap hambanya, yang setiap kali makan atau minum dia memuji Allah”.
 
 
Jun 05, 2014
180 Islam adalah Agama yang Mudah
 
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Permudahkanlah (semua urusan dan jangan menyusahkannya. Berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu menyebabkan orang lain menjauhkan diri.”
 
 
May 26, 2014