Senarai Hadith

Bil Hadith Tarikh
81 Nasihat dari Rasulullah SAW
 
Daripada Jarir bin Abdillah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku semasa Haji Wida’: “Minta orang ramai diam”, kemudian Baginda bersabda, “Janganlah kamu sekelian menjadi kafir selepas peninggalanku nanti dan janganlah kamu sekelian bermusuhan sesama kaum muslimin.”
 
 
Feb 17, 2015
82 Antara Kebajikan dan Dosa
 
Daripada an-Nawas bin Sam’an RA katanya, aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kebajikan dan dosa, lalu Baginda menjawab, “Kebajikan itu ialah akhlak yang mulia. Manakala dosa itu ialah perbuatan yang diragui dalam hati kamu dan engkau tidak suka diketahui oleh orang lain.”
 
 
Feb 13, 2015
83 Komunikasi Yang Baik
 
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW apabila bercakap sesuatu percakapan yang baik Baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali sehingga percakapan itu dapat difahami. Apabila Baginda pergi menemui satu-satu kaum, Baginda memberi salam kepada mereka sebanyak tiga kali.
 
 
Feb 12, 2015
84 Mengeratkan Silaturrahim
 
Daripada Abu Hurairah RA juga, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri”.
 
 
Feb 11, 2015
85 Mencari Rezeki Yang Halal
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.
 
Feb 09, 2015
86 Larangan Meninggalkan Solat Jumaat
 
Daripada Abu Hurairah dan juga Ibn Umar RA bahawa kedua-keduanya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Ketika Baginda membaca khutbah jumaat di atas mimbar, mudah-mudahan orang ramai tidak terus menerus suka meninggalkan sembahyang jumaat tanpa uzur nescaya Allah akan menutup ke atas hati-hati mereka daripada menerima kebenaran dan kebaikan yang di kehendaki oleh agama. Maka jadilah mereka golongan orang yang lalai.
 
 
Feb 06, 2015
87 Jauhi Sifat Takbur
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Pada suatu ketika seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan dirinya serta rambutnya disikat rapi dan berlagak sombong ketika berjalan. Tiba-tiba Allah membenamkannya ke dalam bumi maka dia terus menerus meluncur ke dalam bumi hinggalah hari kiamat.”
 
 
Feb 04, 2015
88 Kelebihan Solat Jenazah
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu menyembahyangkan jenazah, maka hendaklah kamu ikhlaskan niat kamu semasa berdoa kepada jenazah tersebut”.
 
 
Feb 02, 2015
89 Kelebihan Azan
 
Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu semua mendengar laungan azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh tukang azan”.
 
 
Jan 29, 2015
90 3 Perkara
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.
 
 
Jan 26, 2015
91 Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat
 
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).
 
 
Jan 23, 2015
92 Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci
 
Daripada Huzaifah RA katanya, “Sesungguhnya Nabi SAW melarang kami memakai pakaian daripada sutera kasar (untuk lelaki sahaja) dan minum di dalam bekas yang dibuat daripada emas dan perak (lelaki dan perempuan). Baginda bersabda lagi, “Semua barang tersebut adalah untuk orang kafir di dunia tetapi barang-barang tersebut akan kamu perolehi di akhirat kelak.”
 
Jan 22, 2015
93 Memberi Pertolongan Kepada Sahabat
 
Daripada Jabir RA lagi katanya, “Bahawa Rasulullah SAW biasanya berjalan dibelakang sekali di dalam sesuatu perjalanan, Baginda menolong orang yang lemah mendapatkan rombongan dan menumpangkan ke atas kenderaan yang dinaikinya serta mendoakan untuknya”.
 
Jan 21, 2015
94 Memuliakan Tetamu
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.”
 
Jan 19, 2015
95 Kelebihan Membaca al-Qur’an
 
Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.”
 
 
Jan 12, 2015
96 Tepati Janji
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
 
Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri muslim.
 
 
Jan 08, 2015
97 Malu itu Sebahagian daripada Iman
 
Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu (yang keterlaluan), lalu Baginda SAW bersabda, “Biarkanlah dia (dengan perasaan malunya), kerana malu ini sebahagian daripada iman.”
 
 
Jan 07, 2015
98 Menziarah Orang Sakit
 
Daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi SAW telah pergi ke perkampungan orang arab Badwi untuk menziarahi orang sakit. Apabila Baginda masuk ke tempat orang sakit maka Baginda pun bersabda, “Tidak ada apa-apa, sakit tuan ini hanya sebagai penebus dosa sahaja, jika di kehendaki oleh Allah”.
 
 
Dec 31, 2014
99 Sabar Menghadapi Kematian Orang Yang Di Sayangi
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman, hambaku yang mukmin yang bersabar di atas kematian orang yang dikasihinya akan mendapat balasan Syurga”. Tidak ada balasan bagi hambaku yang beriman apabila aku mengambil kekasihnya orang pilihannya daripada ahli dunia kemudian dia bersabar dan mengharapkan pahala melainkan Syurga.
 
 
Dec 26, 2014
100 Galakan Bersifat Tawadhu’
 
Daripada ‘Iyad bin Himar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadhu’ sehingga tidak seorang pun merasa dirinya megah (lebih) daripada orang lain dan tidak seorang pun menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.”
 
Dec 16, 2014