Senarai Hadith

Bil Hadith Tarikh
21 Kelebihan Menunggu Waktu Solat
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sentiasalah sseorang kamu dianggap dalam sembahyangnya, selama menahan sembahyang tidak ada yang menghalangnya untuk kembali menemui ahli keluarganya melainkan kerana ia menunggu waktu sembahyang yang berikut”.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Nov 02, 2015
22 Kelebihan Makan Secara Berkumpulan
 
Daripada Wahsyi bin Harbi RA, Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang”. Lalu Baginda bersabda, “Mungkin kamu semua makan berselerak”. Mereka semua menjawab, “Ia benar” Baginda bersabda lagi, “Oleh itu hendaklah kamu semua berkumpul semasa makan dan bacalah Bismillah semoga diberkati Allah.”
 
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)
 
 
Oct 30, 2015
23 Kelebihan Makan Secara Berkumpulan
 
Daripada Wahsyi bin Harbi RA, Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang”. Lalu Baginda bersabda, “Mungkin kamu semua makan berselerak”. Mereka semua menjawab, “Ia benar” Baginda bersabda lagi, “Oleh itu hendaklah kamu semua berkumpul semasa makan dan bacalah Bismillah semoga diberkati Allah.”
 
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)
 
 
Oct 30, 2015
24 Adab ketika Makan
 
Daripada Ibn Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Keberkatan turun di tengah makanan maka kamu makanlah terlebih dahulu dari kedua tepinya dan janganlah kamu makan dari tengahnya.”
 
 
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)
 
 
Oct 26, 2015
25 Makruh bernafas di dalam Bekas Minuman
 
 
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW melarang bernafas didalam cawan (bekas minuman).
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Oct 21, 2015
26 Ucapan Salam Mengeratkan Sialturahim
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SW bersabda, “Kamu semua tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Tidak beriman kamu sehinggalah kamu semua saling mencintai, adakah kamu semua suka jika aku menunjukkan kepada kamu semua satu perkara, jika kamu lakukan perkara tersebut tentu kamu semua dapat berkasih sayang dan saling mencintai? iaitu hendaklah ucapkan salam dikalangan kamu semua.”
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Oct 19, 2015
27 Kelebihan Membaca Surah al-Kahfi
 
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya, “Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”, Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Oct 09, 2015
28 Sampaikan Berita yang Baik
 
Daripada Jabir RA katanya, seorang lelaki bertanya, “Dimanakah tempatku, Ya Rasulullah, jika aku terbunuh ketika berjihad?” Baginda terus menjawab, “Didalam Syurga”. Orang itu melemparkan beberapa biji buah tamar yang dipegangnya kemudian pergi berperang sehinggalah ia terbunuh.
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Sep 29, 2015
29 Kelebihan Orang yang Bersyukur
 
 
Dan daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak harus bersifat hasad (iri hati) melainkan dalam dua perkara iaitu : Seseorang yang dikurniakan oleh Allah al-Qur’an (dihafaz dan difahaminya), maka ia membacanya sepanjang malam dan siang dan seseorang yang dikurniakan Allah harta lalu ia membelanjakannya (ke jalan yang diredhai Allah) sepanjang malam dan siang.”
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Sep 24, 2015
30 Digalakkan Membaca al-Qur’an Secara Beramai-ramai
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada suatu kaum pun yang duduk beramai-ramai di sebuah masjid kemudian mereka beramai-ramai membaca al-Qur’an secara bertadarus dikalangan mereka (bergilir-gilir membaca al-Qur’an) nescaya mereka mendapat ketenangan dan mereka juga akan dilimpahi rahmat Allah dan juga dikelilingi oleh para Malaikat, Allah SWT sentiasa menyebut mereka kepada makhluk-makhluk yang ada disisinya iaitu para malaikat”.
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Sep 11, 2015
31 Kelebihan Solat Fardhu
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Katanya, andai kata pada pintu seseorang di antara kamu ada sebuah sungai dan ia mandi disitu sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kekotoran yang masih tertinggal dibadannya?” para sahabat menjawab, tidak ada kekotoran sedikit pun yang tertinggal dibadannya. Baginda bersabda, “Demikianlah bandingan sembahyang lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua dosanya dan kesalahan”.
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Sep 09, 2015
32 Kelebihan Membaca Surah al-Ikhlas
 
 
Daripada Anas RA bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini, “(al-ikhlas)” lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”.
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith hasan)
 
Dan al-Bukhari juga ada meriwayatkan dalam kitab sahih sebagai taklik.
 
 
Sep 01, 2015
33 Bermanis Muka Ketika Bertemu
 
Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.”
 
 
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Aug 20, 2015
34 Kelebihan Solat Berjemaah
 
 
Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sembahyang berjemaah adalah lebih utama (baik) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Aug 17, 2015
35 Solat Sunat yang Mengiringi Solat Jumaat
 
Daripada Ibn Umar RA, “Bahawa Nabi SAW tidak akan bersembahyang setelah selesai sembahyang jumaat sehinggalah balik ke rumahnya, kemudian Baginda sembahyang sunat dua rakaat di rumahnya”.
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Aug 14, 2015
36 Disunatkan Berpuasa Enam di Bulan Syawal
 
 
Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.
 
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Jul 20, 2015
37 Hikmah Pergi Menunaikan Sembahyang Hari Raya
 
Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW apabila pergi untuk menunaikan sembahyang hari raya melalui satu jalan dan balik melalui jalan yang lain.
 
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
 
 
Jul 17, 2015
38 Kelebihan Malam Lailatul Qadar
 
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Jul 10, 2015
39 Kelebihan Bersugi
 
Daripada Huzaifah RA katanya Nabi SAW apabila Baginda bangun daripada tidur maka Baginda menggosok-gosok mulutnya dengan kayu sugi.
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Jul 06, 2015
40 Kelebihan Mendirikan Qiamullail
 
Daripada Ali RA bahawa Nabi SAW datang ke tempatnya dan Fatimah pada waktu malam, lalu Baginda bersabda : (Apakah kamu tidak menunaikan sembahyang?)
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Jul 02, 2015