Merendah Diri Kepada Allah SWT

Tarikh: 
Apr 11, 2016
Riwayat: 
at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan
Hadith: 
 
Daripada Muaz bin Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang meninggalkan pakaian (yang indah, cantik) dengan tujuan merendah diri kepada Allah, sedangkan ianya mampu untuk berbuat demikian, maka Allah memanggilnya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang dia suka daripada berbagai-bagai pakaian iman.”
 
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan)
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Orang yang melakukan sesuatu semasa hidup di dunia dengan tujuan merendah diri kepada Allah SWT akan beroleh nikmat yang besar di hari kiamat.
  2. Orang yang paling beruntung di hari kiamat ialah mereka yang bertaqwa dan beramal soleh.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin