Mengucapkan 'Bismillah' Ketika Makan

Tarikh: 
Mar 29, 2016
Riwayat: 
at-Tirmizi katanya hadith hasan sahih
Hadith: 
 
Daripada Aishah RA katanya, “Rasulullah SAW menghadapi hidangan bersama enam orang sahabat Baginda, tiba-tiba datang seorang arab (badwi) lalu makan makanan tersebut dengan dua kali suapan sahaja. Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya orang itu membaca Bismillah sebelum ia makan nescaya makanan itu mencukupi untuk semua (ada keberkatannya pada makanan tersebut).”
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya hadith hasan sahih)
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Islam menggalakkan umatnya makan bersama.
  2. Setiap makanan yang dimakan bersama akan diberkati, tambahan pula apabila membaca Bismillah.
                
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin