Kelebihan Memelihara Amalan Soleh

Tarikh: 
Jan 27, 2016
Riwayat: 
al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
 
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Wahai ‘Abdullah, Janganlah kamu menjadi seperti si fulan itu, dahulu dia sentiasa sembahyang malam, tapi kini dia tidak sembahyang malam.”
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Kelebihan mengekalkan amal soleh walaupun sedikit, kerana amalan yang berterusan akan menimbulkan kesan dalam diri.
  2. Meninggalkan  ibadat atau amal soleh yang pernah dilakukan menunjukkan seseorang tidak prihatin kepada ibadat dan jantung hatinya terganggu daripada mengingati Allah SWT.
  3. Islam menyuruh umatnya mengambil berat di dalam melaksanakan hal kebaikan, dan tidak meninggalkan daripada melakukannya serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
  4. Orang yang dahulu mengerjakan amalan kebaikan, kemudian berhenti melakukan amalan kebaikan tersebut adalah daripada orang yang rugi.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin