Jauhkanlah dari Sifat Sombong dan Bangga Diri

Tarikh: 
Dec 14, 2015
Riwayat: 
al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
 
Daripada Harithah bin Wahab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah aku memberitahu kepada kamu siapakah ahli-ahli neraka?  mereka itu ialah orang-orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakan untuk kebaikan.”
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Keras kepala adalah sifat orang yang tidak mahu menerima kebenaran. Begitu juga orang yang tamak harta dan tidak suka membelanjakan untuk kebaikan kerana sombong, mereka ini tergolong sebagai ahli neraka.
  2. Harta merupakan amanah daripada Allah kepada manusia oleh itu ia hendaklah dibelanjakan untuk diri, keluarga dan memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya dengan cara yang diredhai oleh Allah.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin