Adab 'Memberi Salam'

Tarikh: 
Jan 05, 2016
Riwayat: 
al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan pula hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang tidak ramai hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai jumlahnya.”
 
 
Dalam riwayat Imam al-Bukhari disebutkan “Dan orang yang muda kepada orang yang tua.”
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Rasulullah SAW mengajar umatnya memberi ucapan salam mengikut keutamaan seperti berikut :
 i.        Orang yang menepati kenderaan seperti kereta dan sebagainya memberi salam terlebih dahulu kepada orang yang berjalan kaki.
 
ii.        Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk.
 
iii.       Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai.
 
    2.    Adalah lebih afdhal orang yang muda memberi salam kepada yang lebih tua.
 
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin