Adab Ketika Masuk ke Rumah Orang Lain

Tarikh: 
Dec 03, 2015
Riwayat: 
al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
 
 
Daripada Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. Jika kamu diberi keizinan maka masuklah dan jika kamu telah lakukan yang demikian, tetapi tidak ada jawapan maka hendaklah kamu balik.”
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Wajib meminta izin daripada tuan rumah untuk masuk ke rumahnya dan sunat memberi salam sehingga tiga kali.
  2. Sekiranya salam yang diberi sebanyak tiga kali itu tidak mendapat jawapan daripada penghuni rumah atau tempat kediaman, seseorang dilarang oleh syarak untuk masuk ke dalam rumah tersebut.
  3. Di antara adab sopan yang diperintahkan oleh syarak kepada seseorang yang hendak masuk ke rumah orang, ialah dengan memberi ucapan salam terlebih dahulu.
 
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin