Visi, Misi, Objektif, Fungsi dan Piagam Pelanggan

 
 
VISI
 
“Mewujudkan Pengurusan Islam Yang Berkesan Di Peringkat Persekutuan Dan Negeri”
 
 
MISI
 
'Menjadi Sumber Rujukan Yang Berwibawa Dalam Perancangan Strategik serta, Penyelidikan Akidah, Syariah, Muamalat & Sosioekonomi Islam, Kawalan Media dan   Falak”
 
 
OBJEKTIF
 
 
“Menyediakan Hasil Kajian Yang Berkualiti Dan Tepat Bagi Tujuan Perancangan Dan Pelaksanaan Yang Berkesan Mengenai Islam”
 
 
FUNGSI
         

1. Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam isu-isu yang berkaitan dengan

 a) akidah dan aliran pemikiran baru;
 b) isu-isu semasa syariah yang melibatkan hukum syarak;
 c) isu muamalat dan pengurusan sosioekonomi Islam;
 d) bahan-bahan penerbitan media cetak, media elektronik, media baru, bahan gunaan Islam dan pra percetakan berunsur Islam yang mengandungi perkara-perkara yang meragu,mencemarkan dan bercanggah dengan Islam;
 e) pembangunan falak di Malaysia;
 
2. Merancang hala tuju Jakim sebagai agensi penyelaras pengurusan hal ehwal agama Islam.

3. Penerbitan Hasil-Hasil Kajian dan Penyelidikan

4. Memberi Penjelasan Dan Penerangan Mengenai Isu-Isu Semasa Melalui Seminar, Kolokium, Muzakarah, Simposium, Taklimat, Dialog, Pameran Dan Seumpamanya

5. Menyediakan maklumat bagi data syariah (e-PKS), portal e-Muamalat, maklumat berkaitan falak melalui e-Almanak, e-Solat, e-Rukyah dan e-QLIM

 
 
PIAGAM PELANGGAN
 
 
1. Melaksanakan kajian penyelidikan yang kompleks dalam tempoh enam (6) bulan. 
2. Melaksanakan kajian penyelidikan yang mudah dalam tempoh tiga (3) bulan. 
3. Menyediakan kertas hukum dalam bidang aqidah, syariah dan muamalat dalam tempoh dua (2) bulan.
4. Membuat tapisan buku dan audio visual dalam tempoh dua (2) bulan. 
Groups: