Ucapan Pengarah

 
 
Assalamualaikum.
 
Alhamdulillah. Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya laman web Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim dapat dikemaskini dengan paparan yang lebih baru dan segar. Terima kasih kerana mengunjungi laman web bahagian ini.
 
Secara umumnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan mempunyai 2 fungsi utama iaitu pertama; perancangan hala tuju Jakim dan kedua menjalankan penyelidikan dalam bidang Akidah, Syariah, Muamalat, Falak dan Kawalan Media. Saya berharap informasi yang dipaparkan dalam laman web ini dapat memberi maklumat yang berguna kepada pengunjung.
 
Semoga anda berpuas hati dengan paparan di laman web ini. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen untuk menambah baik kandungan laman web ini.
 
Sekian, wassalam.
 
MOHAMAD BIN SAARI
Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan  
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)