Ucapan Pengarah

Assalamualaikum.
 
 
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan taufik dan hidayahNya Bahagian Hab Halal terus bangkit dan diberi kekuatan untuk kita mengharungi perjuangan di bumi Allah ini.

Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 yang menyerah kembali ke JAKIM adalah satu kepercayaan dan amanah yang besar kepada warga Hab Halal. Kami akan memastikan fungsi utamanya sebagai sebuah badan pensijilan halal mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan sentiasa dipatuhi terutama aspek integriti yang menjadi asas pensijilan halal Malaysia yang membawa mesej halalan Toyyiban merangkumi syariah, kebersihan dan kualiti.

Sebagai sebuah badan pensijilan, jalinan kerjasama daripada termasuk semua agensi kerajaan, badan berkanun, industri dan NGO amat diperlukan. Justeru pembangunan menyeluruh semua komponen seperti standard halal, akreditasi, R&D, audit, makmal analisis, latihan, fatwa, logistik dan promosi akan menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran dan pengedaran produk halal, perkhidmatan halal serta rujukan halal di peringkat antarabangsa. Pengiktirafan JAKIM dan hubungan baik dengan badan-badan Islam di seluruh dunia akan menjadi pemangkin ke arah perkara tersebut.

Besarlah harapan saya agar melalui portal e-halal khususnya dan portal JAKIM umumnya akan menjadi satu wadah dalam menyampaikan info terkini pensijilan halal untuk kemaslahatan umat segajat.

Sekian, wassalam.

 

Halal Malaysia The Ultimate Assurance

ZAINAL ABIDIN BIN JAFFAR

Mantan Pengarah
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)